Showing posts with label crossroads. Show all posts
Showing posts with label crossroads. Show all posts

Friday, October 09, 2009

Parked or chained?


I sorted out the parking, dear, originally uploaded by faz k.

Friend: Hey, you took this photo?
Me: Yeh.
Friend: It figures.
Me: What do you mean?
Friend: That boat on the water is like you. You’re single, you’re meeting people, you’re ready to go places.
Me: er - I’m a boat?
Friend: That padlock there is like you too, kinda – maybe your heart – you got those chains around your heart somehow. People might not see it at first cos the chain’s so darn long. In fact, even YOU don’t see them chains. You’re wondering why you’re not moving forward, why you’re alone. How can you when your heart’s all closed? Unlock it! Open up! Sure, you gave your heart away to someone special to you and things didn’t turn out ‘happy every after’. You can be free – it’s up to you. Like this boat too – let it move with the river flow, y’know?
Me: I’m a boat?
Friend: *smacks her hand on her forehead*

******

That was close - I thought she'd manage to finally nail me with that sharp observation. She's not too far off the point, though...

picture details: Taken with James, with 1/20sec, f/3.5, 18mm focal length on my 18-55mm kit lens, ISO 400, handheld.

Thursday, August 20, 2009

Serenity - or holding on to the ledge with one's fingertips as calmly as possible


Face From Angkor, originally uploaded by vincenzooli.

It's been a tough week, surprisingly.

I had been struggling with a new aspect of my work that involves marketing activities. I thought it would come natural to me, honestly I did. Did I overestimate my own capabilities? I'm not sure. One thing I AM sure is how much I love content design & development. I don't need to struggle to get the big picture before I work on a paragraph. I just know when to skim and where to scan for the right level of insight needed to be spot on. I'd see pictures in my head like multiple pop-up windows. But get me to make a phone call to confirm an appointment, the palms of my hands break into cold sweat. Oh dear.

Am I too complacent and just want to stay in my area of content development - writing articles, designing methodologies & approaches, reviewing processes etc - until I can't see myself doing anything else? I don't think so. I want to stretch myself more in that area. Developing structure and content in other medium, presenting ideas in different ways. Put me in a solitary cubicle with no one around me and I'd be happy. I'd be serene, even.

Then I saw this photo, and vincenzooli kindly gave me his permission to blog it when I wrote to him. I love his travel pictures. This one in particular, helped me to relax.

And today I wrote to my boss. First, an update. Last, a confession that I'm at loss to handle this marketing stuff. Not sure what she'll say to me - she'd probably sit me down & discuss this. She'd probably share with me her point of view. That'd be fine. I've been so comfortably expressing myself in writing the last two weeks I'm not sure if I can think and talk at the same time, though.

Wish me luck. In the meantime, enjoy vincenzooli's Face From Angkor.

Friday, August 14, 2009

Even I think things have gone too far, Pt 1


IMG_3745, originally uploaded by Faz K projects.

Dalam satu video baru-baru ini, seorang menteri:
- mempertahankan kemungkinan ada ikhtiar penapisan internet
- memaklumkan beliau hanya akan menjawab soalan tentang Merdeka 52 tahun sahaja
- menegaskan tidak akan ada tolak-ansur dalam memastikan pornografi kanak-kanak sifar

Dalam video ini, seorang menteri menjegilkan matanya sambil menggunakan nada suara yang sinis, menegur seorang wartawan yang menggunakan bahasa Inggeris dalam soalannya. Kesima aku. Sungguh tak sangka seorang menteri yang aku pernah hormati waktu kanak-kanak mengendalikan sidang akhbarnya sebegitu rupa. Sombongnya dia. "where were you educated? can't speak bahasa at all", "chakap oreang putey"... berjayakah pendekatan begini menimbulkan rasa hormat terhadapnya dan maklumat yang disampaikan? Hampas yang amat menghampakan. Kalau dia nak wartawan tu rasa segan, mungkin teguran secara lembut dapat menyampaikan maksud yang tersirat dengan lebih baik, kesan yang lebih mendalam. Contohnya: "Bukankah kita dalam sidang akhbar promosi Merdeka 52? Marilah kita gunakan bahasa kebangsaan hari ini.." Tak payah jegil-jegil mata, ya tidak?

Aku belajar dalam negeri. Dari St Teresa's Kindergarten Kuala Terengganu sampailah ke Universiti Utara Malaysia Sintok. Aku selesa berbahasa Inggeris - mak ayah aku dah biasa berbahasa Inggeris, Kebangsaan, loghat Kelantan, Terengganu, Pahang, Batak (bapak aku lah) dan semua itu dengan harapan anak-anak mereka mampu bercakap untuk minta tolong kalau sesat di tempat orang - tak semua orang tahu loghat Terengganu, mak aku ajar masa aku belum akil baligh dulu.

Mujur mak ayah aku ajar kami sebaik mungkin. Kalau tak, aku mungkin jadi macam beberapa lepasan Universiti tempatan di lokasi sedikit luar Lembah Kelang yang bukan berasaskan pertanian yang duduk letaknya dekat-dekat rumah bapak saudara aku tak jauh dari hutan simpan Bangi. Aku pernah temuduga budak-budak lepasan U ini masa aku 'berkecimpung' (bergelumang sebenarnya) dalam dunia HR beberapa tahun lepas. Aku semak semua jawapan. Secara bertulis dalam borang yang bukan dalam bahasa kebangsaan tu - tak menjawab soalan. Secara lisan? Malang. Koyak rabak ayat dan perenggan masing-masing. Daripada geram aku rasa macam nak tempeleng depa, aku terus jadi tak sampai hati. Waktu aku tengok muka graduan-graduan tu, aku seakan boleh dengar dalam batu jemala tu bunyi enjin - dengar bahasa inggeris perempuan ni cakap-terjemah dalam bahasa kebangsaan-terjemah balik dalam bahasa inggeris-buka mulut-jawab. Sakit, aku rasa, duduk dalam bilik temuduga dengan aku. Aku tengok muka depa berkerut-kerut pun aku rasa sakit.

Mungkin aku ni emosi sangat. Mungkin aku patut ucap tahniah kepada menteri ni. Nak sangat semua orang fasih berbahasa kebangsaan. Nah, ambik. Berkoyan-koyan lepasan universiti tempatan sekarang tidak berbahasa Inggeris. Tidak mampu? Tidak diajar? Tidak pandai? Lebih mendaulatkan bahasa kebangsaan? Tepuk dada tanya selera.

Mendidih jugak darah aku, membuak-buak, waktu tengok video ini. Kemudian aku terkenang cikgu-cikgi yang berhempas-pulas ajar aku dari masa aku 4 tahun ikat rambut tocang dua sampai lah dewasa andartu sekarang ni. Kalau tak sebab depa bertungkus lumus pastikan aku faham semua bahasa yang depa ajar aku, tak boleh lah aku 'menjawab' masa konsultan mat saleh perli sahabat sekerja aku yang sama-sama baru macam aku masa aku mula-mula kerja dulu sambil sahabat aku tu terkebil-kebil macam ayam berak kapur. Tak bolehlah aku jawab balik mangkuk yang kutuk aku dalam bahasa jerman dalam keretapi masa aku assignment kat Munich dulu. Tak bolehlah aku tangkis ejekan staf hotel masa aku kerja kat Beijing beberapa tahun dulu.

Memang bahasa kebangsaan sangat penting. Sebahagian dari jiwa kita. Kita rakyat Malaysia; aku pun meluat beruk kalau ada cerita orang-orang yang tak pandai berbahasa kebangsaan tambah lagi kalau orang tu macam aku, ada cop 'rubber stamp' dalam paspot antarabangsa sejak kerja saja, bukan sejak masa belajar. Pokoknya, SEMUA BAHASA penting. Sudah tentu termasuk bahasa isyarat dan Braille, terutama kepada pihak yang memerlukannya.

Pada aku, keupayaan untuk berkomunikasi dengan lancar lebih penting. Dalam apa bahasa yang perlu sekalipun. Mendaulatkan bahasa kebangsaan tidak sepatutnya bermakna bahasa lain diperkecilkan. Tidak sama sekali. Itu bodoh sombong namanya.

Mungkin kita semua perlu jadi bodoh sombong. Eh tak, aku rasa tak. Aku tak mau. Mak ayah dan cikgu-cikgi aku tak ajar aku macam tu.

p.s.

BTW - aku tengok dalam kamus kesima = dumbfounded. Aku kira lebih kurang macam 'gobsmacked' lah tu. OK lah ya?